Melakar wajah baru politik mahasiswa
MAHASISWA cukup sinonim dengan gambaran sekelompok pelajar yang berada di peringkat tertinggi dalam sistem pendidikan negara. Bahkan lebih dari itu mahasiswa juga amat signifikan dengan semangat, idealisme perjuangan, jiwa tidak terpenjara dan seumpamanya.
Meminjam istilah Syed Husin Al-Attas, mahasiswa menjadi golongan intelektual bukan ‘kaum inteligensia’ atau ‘pak pandir’ yang menghidapi penyakit bebalisme atau kepandiran. Dengan asas pendidikan yang manusiawi dan multi-dimensi, mereka mempunyai nilai keintelektualan, pengetahuan yang luas dan juga mempunyai idealisme tertentu dalam mencapai matlamat. Justeru itu gerak geri mereka akan dinilai dan dijadikan panduan oleh masyarakat bak si celik menuntun jalan si buta.
Mutakhir ini, dipersembahkan kepada masyarakat Pesta Pilihanraya Kampus (PRK) yang sedang rancak berlangsung sekarang. Mahu atau tidak kita mesti mengakui perkembangan PRK sedikit sebanyak akan dijadikan nilaian di mata masyarakat. Nilaian yang diukur bagaimanakah cara orang cerdik berpolitik. Ia akan membentuk public opinion masyarakat luar terhadap mahasiswa. Maka perkara tersebut mesti menjadi faktor pendesak mahasiswa harus menyedari dan membangunkan peranan mereka dan keluar dari kepompong politik kepartian yang menghakis nilai jatidirinya. Maka suatu agenda politik baru mesti dipetakan bersama melewati dan merentasi segmen politik dan aliran ideologi yang wujud. Amalan participatory democracy mesti dibudayakan.
Sejak dahulu lagi telah wujud kumpulan-kumpulan tertentu yang dinamakan sebagai Pro-Aspirasi (Pro-A) dan Pro-Mahasiswa (Pro-M) sebagai bayangan wakil parti politik di luar kampus. Gambaran pertembungan politik adil dan zalim. Mentah dan matang. Melihat kepada suasana hari ini, mahasiswa perlu menggagaskan politik baru. Politik baru tersebut ialah politik kesepakatan. Tidak kira atas perbezaan latarbelakang ideologi, pemikiran, pendirian politik, agama mahupun kaum. Mahasiswa perlu bersepakat dan muafakat berorientasikan politik nilai. Agenda pemetaan politik baru mesti mendokong prinsip-prinsip pencerahan politik, pemberdayaan rakyat serta kewujudan sebuah masyarakat dan negara madani di Malaysia. Kerangka politik bukan lagi sekadar sempit dengan elemen kepartian tetapi anjal menjangkaui nasional dan global.
Politik baru dengan jenama politik sepakat bukan lagi berlegar dengan konotasi suatu pertembungan atau pertentangan antara pihak berbeza ideologi dan misi politiknya. Politik sepakat ini akan meletakkan semua pihak mendasari keadilan bersama berpegang kepada prinsip dan nilai yang sama. Sudah menjadi suatu keyakinan bahawa satu hari nanti watak-watak dan figura mahasiswa masakini yang akan menghiasi dewan rakyat dan teraju kepimpinan negara. Pastinya akan berlaku suatu transition period yang mesti diurus dan dikelola dengan telus dan hikmah. Agenda ini bukan lagi menjadi eksklusif bahkan suatu matlamat yang terbuka dan inklusif memikul harapan dan juga aspirasi rakyat.
Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih melalui ruang demokrasi pilihanraya kampus mempunyai tugasan utama dalam melangsaikan hak-hak warga pengundi dalam kalangan mahasiswa. Tidak kira kelompok mana yang menang, mereka perlu meletakkan keutamaan untuk memperjuangkan hak-hak mahasiswa dengan nilai keadilan, kesaksamaan dan amanah. MPP bak sebuah kerajaan memerintah mestilah dipimpin oleh mereka yang memenuhi nilai dan piawaian yang disepakati bersama. Politik kampus mesti dijadikan ruang dan platform menggarap idea dan buah fikir yang bersifat memasyarakatkan warga kampus dengan politik matang dan manusiawi dengan dasar mewujudkanknowledge based society.
Sekiranya berlakunya politik kesepakatan ini, hak dan tanggungjawab melaksanakan PRK boleh diberikan kepada mahasiswa untuk mengurus. Kita sudah lagi tidak percaya kepada pihak pentadbiran universiti yang bersikap kotor dan tidak telus dalam mengurus pilihanraya kampus. Jika kesepakatan ini berjaya, satu jawatankuasa pilihanraya kampus akan dipilih dalam kalangan mahasiswa dari pelbagai latarbelakang dan tidak dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu. Maka kemudiannya akan merangka suatu gagasan politik kesepakatan. Melihat jauh ke hujung lorong perjuangan bersama, politik sepakat ini akan menghadirkan suatu cahaya dan sinar baru yang lebih cerah kepada semua. PRK adalah matlamat paling hampir kita, namun beyond the limits kita impikan menjadi check and balance kepada kerajaan.
Politik baru mahasiswa yang akan dilakarkan akan menjadi model dan acuan politik negara pada masa akan datang. Mahasiswalah perlu dahulu tampil dengan tatacara dan permainan politik yang bersih dan sepakat. Percayalah, political behavior yang diamalkan oleh mahasiswa sedikit sebanyak mampu mendidik masyarakat ( political education) dengan gaya politik yang sebenar. Politik tidak lagi sebagai harta pusaka sang zalim meratah rakyat dengan rakus. Mahasiswa suaranya keramat, bukan lagi membisu. Memandu dan memacu politik baru ini, mahasiswa harus tampil gah dengan idea-idea kenegaraan dan kemasyarakatan yang membumi serta melangkah seiring walk the talk dengan bahasa realiti bukan retorik.
Mahasiswa juga perlu lihat kembali sejarah alumni mahasiwa dalam cerminan dekad-dekad yang lalu. Di sana ada tinggalan dan khazanah berharga mesti diartikulasi dengan bijak oleh mahasiswa. Peranan mahasiswa sebagai third force dan independence group perlu dikekalkan. Mahasiswa perlu kembali turun ke medan masyarakat, mendidik masyarakat dengan politik nilai dan memperjuangkan isu-isu kemasyakaratan. Tidak cukup jika sekiranya mahasiswa memperjuangkan isu-isu dalam kampus sahaja. Bukan hanya menjadi jaguh kampung sahaja. Kerana mahasiswa lahir persis sekali menjadi jagoan negara untuk menafaskan masyarakat dan sebagai alternatif pemimpin masa depan negara.

No comments:
Post a Comment