PERMAINAN GOLF PM NAJIB DAN OBAMA BUKAN SUKA-SUKA – DEKAN UUM
Percutian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Hawaii, Amerika Syarikat (AS) yang turut diselitkan dengan sesi permainan golf bersama Presiden AS, Barack Obama mempunyai makna tersirat dalam konteks hubungan antarabangsa yang perlu difahami rakyat.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kedua-dua pemimpin itu dipercayai membincangkan banyak isu membabitkan Malaysia dan AS, menjadikan lawatan santai Najib ke negara itu bukan percutian semata-mata.
Menurutnya, AS dilihat mahu mengeratkan lagi kerjasama dengan Malaysia kerana negara ini banyak memegang kerusi penting peringkat Asean dan antarabangsa tahun depan.
No comments:
Post a Comment